Apakah itu sakit rengat?
Sakit rengat adalah disebabkan oleh darah yang terkumpul selama 9 bulan di dalam merian bersama uri.Ia di gelar "darah bantal".
Jika ia tidak keluar sekaligus semasa proses kelahiran,darah ini akan menjadi beracun di dalam rahim ibu.
Saiz darah ni berbeza-beza iaitu daripada sebesar penumbuk sehingga ke saiz lebih besar bertekstur lembik.
Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri makan mereka berisiko untuk mendapat sakit rengat.
Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti bayi lagi yang perlu di keluarkan.
Antara tips yg dikongsikan berkaitan dengan rengat dan after pains ni termasuklah :
√ Cuba kencing dengan kerap. Sebab punci kencing yg penuh akan mengambil ruang rahim. Sebab tu la rengat boleh terjadi. In fact bukan takat sakit je. Pendarahan pon boleh jadi lebih teruk lagi.
√ Baring meniarap dan letakkan bantal pada bahagian bawah abdomen. Tapi kalau c section camni nak baring meniarap. Huhu.
√ Kebanyakan hospital akan bagi painkillers untuk kita tahan rasa sakit yg datang selepas melahirkan ni.
Kalau rasa sakit tu muncul seminggu lepas bersalin atau sakit menjadi2, refer dengan doktor cepat sebab risau ada jangkitan kuman.
Pada saya, penggunaan painkillers ni elokla dijadikan sebagai resolusi terakhir.
Gunakan warm packs. Kalau orang melayu kita prefer bertungku kot kan. Sekarang ni banyak jenis tungku dah.
Kalau takde batu sungai boleh guna tungku besi, tungku herba, tungku tanah liat. Macam2 ada.
Bila letak tungku atas perut dapat la mengurangkan kesakitan dan mengeluarkan saki baki darah beku yg ada dalam rahim tu.
√Berurut pon dapat melegakan rengat ni. Kalau tak rengat pon memang urutan la cara paling sesuai dan best untuk legakan sakit2 badan lepas melahirkan. Bestnya kena urut. Hehe.
√ Sapukan minyak panas. Ni pon salah satu cara untuk melegakan rengat dan sakit2 badan lepas bersalin. Lagi2 kalau pakai minyak panas. Memang lega la.
No comments:
Post a Comment